Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Dalam wawancara bersama Agensi Berita Mehr, seorang penyelidik Malaysia, Mustafa Ahmad menceritakan beberapa perbezaan revolusi Mesir dan Revolusi Islam Iran dan berkata, "Dalam Revolusi Islam Iran, Imam Khomeini merupakan peribadi besar, beliau menyatukan seluruh Iran sedangkan revolusi-revolusi Arab sampai ke peringkat tidak ada seorang pun yang dapat diterima oleh semua kumpulan, dan semua orang sibuk berperang sesama sendiri."
Berikut adalah sebahagian daripada pandangan beliau tentang hal ehwal kebangkitan umat Islam di Timur Tengah:
Sebagai permulaan dan untuk mengenali lebih lanjut tentang saudara, bolehkan saudara perkenalkan diri?
Nama saya Mustafa Ahmad, mahasiswa kedoktoran di salah sebuah Universiti di Malaysia dan tekun dalam penyelidikan. Latar penyelidikan saya bertumpu pada falsafah dan Iran yang mana bagi saya ia mempunyai banyak tarikan. Ini disebabkan falsafah Iran sentiasa dinamik dan wujud. Falsafah Iran adalah teras yang utuh bagi masyarakatnya. Misalannya falsafah Iran yang telah wujud di zaman Zoroaster, setelah itupun iaitu di zaman Islam ia mengukuhkan tapaknya, dengan mesej perdamaian. Walau bagaimanapun, dunia Islam tetap terhutang budi dengan falsafah Iran, termasuklah mereka yang telah dikenal dalam falsafah seperti Ruhullah Khomeini, Murtadha Muthahhari dan Allamah Tabataba'i.
Selaku rakyat Malaysia, kenapa saudara berminat terhadap Falsafah Islam Iran?
Hakikatnya, pada peringkat awal saya sudah pun mengenal beberapa personaliti Iran seperti Dr Ali Shariati dan Syahid Murtadha Muthahhari. Kedua-dua mereka ini memberikan kesan dalam pandangan agama saya. Saya belajar daripada mereka tentang hal ehwal Islam, nasional, falsafah. saya memandang world view Barat secara kritikal. Namun dengan pembacaan yang meluas, akhirnya saya sampai kepada Imam Khomeini, seorang personaliti yang besar. Dalil yang menyebabkan saya menghormati dan mementingkan beliau ialah sikap melawan kuasa asing seperti kuasa dominasi dan imperialis.
Sekiranya kita membaca biografi beliau secara teliti, amat mudah kita menyaksikan komitmen beliau dalam memerangi kezaliman. Oleh itu sudah tentu saya percaya Revolusi Islam di Iran tidak mampu wujud tanpa Imam Khomeini, walau bagaimanapun kita tidak boleh terlepas pandang terhadap peranan unsur-unsur revolusi yang lain. Namun saya yakin peranan Imam Khomeini merupakan titik tolak dalam revolusi Iran yang mana akhirnya membawa kepada kemenangan Revolusi Islam Iran.
Kita tidak boleh melupakan perkara ini, iaitu Revolusi Islam Iran merupakan peristiwa besar agama sepanjang seratus tahun yang lampau. Sebagai penyelidik, saya tidak meragukan bahawa Revolusi Islam Iran membangkitkan perasaan kegemilangan jiwa untuk umat Islam dalam memerangi kezaliman dan diktator kuasa dominasi dan imperialis.
Betapa besar Revolusi Iran dan pengaruhnya sudah berkembang hingga ke ibu pertiwi saya di Asia Tenggara, banyak kitab-kitab tentang revolusi Iran dan personaliti-personaliti revolusi telah diterjemahkan ke berbagai bahasa, dan kerana ini saya juga telah mengenali Revolusi Islam Iran.
Menurut pandangan saudara, apakah selama 30 tahun ini revolusi Islam Iran dapat menjadi daya tarikan dan teladan bagi pejuang keadilan dan kebebasan?
Jawapannya adalah positif. Sepanjang pengetahuan saya, revolusi ini menjaga pengaruhnya terutama sekali dalam menjadi contoh perlawanan memerangi kuasa besar Barat. Saya fikir revolusi Iran mempunyai peranan penting bagi mewujudkan kestabilan setelah wujudnya pengaruh kuasa besar di dunia. Di sini saya perlu menceritakan bahawa kita mampu belajar dari revolusi Iran tentang kebebasan dan berdiri atas kaki sendiri, tanpa memerlukan kuasa besar Barat. Yang menariknya ialah negara ini bebas dan menjadi contoh yang baik kepada negara-negara lain bahawa kita mampu berdiri atas kaki sendiri tanpa bantuan orang asing.
Apakah wujud kemungkinan bahawa revolusi Mesir dan Arab telah mencapai kemenangan dengan mengambil contoh Revolusi Islam Iran?
Tidak, sudah tentu tidak! terdapat banyak perbezaan antara latar Revolusi Islam Iran dengan revolusi-revolusi Arab. Paling penting ialah perbezaan menitik beratkan pemimpin berkarismatik dalam revolusi. Dalam Revolusi Islam Iran, Imam Khomeini muncul sebagai peribadi besar, beliau menyatukan seluruh Iran sedangkan revolusi-revolusi Arab sampai ke peringkat tidak ada seorang pun yang dapat diterima oleh semua kumpulan, dan kerana ini sebahagian kumpulan-kumpulan terkenal sibuk berperang sesama sendiri. Ini menyebabkan revolusi diculik oleh rejim-rejim yang lain. Contoh terbaik untuk kita ialah revolusi Mesir, iaitu rejim sebelumnya tampil mengambil tampuk kekuasaan dengan muka-muka baru dan slogan-slogan baru. Oleh itu, disebabkan masalah kepimpinan, saya tidak fikir sedikitpun bahawa revolusi-revolusi Arab mampu mengambil teladan dari revolusi Iran.
Dalam keadaan kuasa dominasi dan sistem propaganda kuasa besar dunia berusaha menarik ke arah Atheisme, pada pandangan saudara, mengapakah golongan Atheis wujud yang sering memberikan tumpuan kepada Islam. Apakah jalan penyelesaian Islam bagi keperluan pemikiran mereka?
Saya masih ingat Syahid Murtadha Muthahhari di dalam kitab keadilan Ilahi beliau berkata seperti ini, iaitu sekiranya suara Islam dan akidah Islam telah sampai kepada René Descartes, beliau boleh menjadi seorang muslim. Kata-kata menarik daripada Imam Ali (a.s) ialah, "Insan samada saudara kamu di dalam agama atau sebanding kamu dalam ciptaan". Oleh itu kita perlu bersikap kemanusiaan terhadap semua manusia, dan bersimpati kepada semua anak adam. Perkara ini dapat menyelesaikan semua masalah.
Apakah kegemilangan Islam dalam sistem falsafah dan pemikiran jika dibandingkan dengan tamadun Barat? Apakah Tamadun Barat berjaya membangunkan sistem-sistem kemasyarakatan?
Berasaskan pembacaan yang telah saya amati, kebanyakan pemikir Barat menjejaki peranan agama yang positif dalam kehidupan moden. Misalannya salah seorang ahli falsafah masyhur Barat, Habermas merupakan contoh terbaik. Beliau merupakan seorang Atheis yang mempunyai pandangan positif terhadap agama. Saya bukanlah seorang unilateralisme, sehingga tidak menerima pandangan Islam dan Barat. Ini disebabkan pandangan begini mengundang masalah. Ilmu pengetahuan merupakan uversaliti, dan kita mampu belajar daripada siapapun, walau di mana sahaja.
Dari sisi lain, hendaklah ilmu yang baik diajar walau di manapun, meskipun sumbernya dari Islam mahupun Barat. Sudah tentu kebanyakan situasi umat Islam menjadi lebih baik dengan kemajuan ilmu dan teknologi Barat. Hari ini beberapa orang Barat yang mencapai kemajuan telah terhutang budi dengan tamadun Islam, sehingga berpandangan positif terhadap elemen agama di negara-negara Islam.
Begitu juga Habermas, dalam buku-bukunya menegaskan bahawa agama mampu memasukkan akhlak-akhlak ke dalam masyarakat moden. Beliau menunjukkan bahawa akhlak merupakan elemen yang terbatas kepada individu dan kebanyakan agama yang mana ia dapat berbakti kepada masyarakat sekular sehingga mampu hidup bersama-sama di samping orang yang beragama. Namun saya percaya pemikiran sekular tidak akan dapat menstabilkan dunia. Dunia sudah tentu memerlukan agama sehingga masyarakat menjadi lebih baik. Oleh itu Islam dan Barat hendaklah bersama-sama memerangi sifat tidak bermoral di seluruh dunia.
Akhir sekali, bolehkah saudara perkenalkan buku tertentu bagi mendidik individu-individu non Muslim? Apakah buku tersebut dapat diperolehi dalam internet?
Bagi saya buku apa pun yang dibaca tidaklah memberikan manfaat yang banyak, oleh itu hendaklah melengkapkan hari-hari dengan pandangan kritikal terhadap pembacaan yang telah dilakukan. Saya percaya pembacaan secara membuta tuli dan pasif buku-buku agama tidaklah mendatangkan faedah. Pembacaan hendaklah disertai dengan pemikiran. Kedua-dua ini mampu membawa kepada pemikiran kritikal. Namun pandangan terhadap politik luar Amerika dari kacamata Noam Chomsky boleh menjadi langkah awal untuk menyedari dimensi-dimensi gelap kuasa besar dunia dengan lebih baik. Begitu juga dengan pembacaan buku-buku Habermas, ia mampu membantu memberikan pandangan sederhana tentang mazhab. Kedua-dua ini adalah pemikir Barat dan buku-buku mereka mudah diperolehi.